Pages

#NakTahuTak? : Create Whatsapp Link

Monday, July 17, 2017

Assalamualaikum w.b.t!

Aku ada satu perangai paling malas nak wasap dengan orang yang aku tak save nombor telefon. Aku pula jenis yang akan save nombor orang rapat dengan aku sahaja. Tapi tak nak mesej sebab nak jimat. Hahaha!

Baru-baru ni aku jumpa satu cara yang kita boleh wasap tanpa perlu save nombor dia. Yayy! (Sebenarnya orang lain semua dah tahu awal, aku je lambat. Baru tahu)

Aku memang sangat berterima kasih dengan Encik Saifuddin Ilyas ni. Dia la yang create sistem ni (www. wasap.my). Sangat membantu.

Caranya sangat mudah. Hanya copy link tersebut dan gantikan dengan nombor telefon korang.

https://www.wasap.my/6[nombor telefon]

Contoh : https.//www.wasap.my/60123456789

Senang kan. Kalau kat whatsapp web lagi senang. Copy link tu kat browser terus boleh dah boleh hantar mesej.

Seronok kan kalau apa yang kita terpikir dalam kepala otak kita jadi kenyataan. Hehehe.

Selamat mencuba.

Aku vs Post Comment

Monday, July 3, 2017

Assalamualaikum w.b.t!

Alkisahnya aku dah hampir-hampir give up nak tulis blog ni sebab aku tak jumpa mana setting untuk orang post comment.

Dekat dua tiga hari juga la aku godek-godek. Tak jumpa juga. Nak nangis pun ada. Sebab dah buntu. Penat pun ada. Geram pun ada. Aku tengah semangat berkobar-kobar nak tulis blog tetiba pula ada halangan macam ini. Bengang wei!

Sampai tahap aku sign up wordpress pula, kunun dah merajuk dengan blogspot. Tengok wordpress lagi la aku tak paham. Adoi la!

Akhirnya dengan berat hati aku buat keputusan untuk buat blog baru. Aku pikir maybe sebab aku banyak sangat usik setting tu yang hilang setting untuk post comment. So kalau buat baru, semua setting mesti ada. Aku pon create blog baru--start over (sabar).

Semangat la ni nak tulis post baru--yang pertama. Aku terperasan ada menu Options. Saja la klik nak tengok apa. Laaaaaaaaa kat sini rupanya setting untuk post comment. Patut la takda, sebab aku klik "Don't Allow" (tepuk dahi).

Aisey. Lawak betul la. Punya seantero Google aku mencari, rupanya kat tepi ni je (menangis).

Nampaknya tak jadi la nak teruskan tulis kat blog baru. Aku pakai balik blog lama ni. Sebab tu post ini kat sini. Mungkin jodoh aku dengan blog lama ni masih panjang lagi. Hahahaha!

Alhamdulillah. Selesai!

Berbuka di INTEKMA Resort & Convention Centre

Wednesday, June 21, 2017

Assalamualakum w.b.t!

Kejap je Ramadhan dah nak sampai ke penghujung. Lagi berapa hari je dah nak raya. Biasanya bila dah tinggal hujung-hujung ni dah on mood berbuka di luar. So semalam untuk pertama kalinya Ramadhan tahun ni aku berbuka di luar.

nasi wajib ada.

Kitorang berbuka di Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam. Kebetulan ada orang nak belanja (Alhamdulillah, rezeki). Punya la ramai orang. Aku datang dalam 6.30 petang macam tu parking dah sampai ke luar. Tapi kitorang gigih juga cari parking kat dalam. Alhamdulillah dapat juga yang berdekatan dengan marquee tent. Tahun ni IRCC provide dua tempat untuk iftar, dewan banquet dan marquee tent. Table kitorang kat dewan banquet. Marquee tent kebanyakannya dah dipenuhi oleh staf-staf Jabatan/Organisasi/Agensi untuk berbuka.

perut cepat kenyang tapi nak makan semua, jadi kena ambil sikit-sikit.

Apa yang menariknya berbuka di IRCC adalah menunya. Of course la menu paling menarik perhatian. Memang tu la kan tujuan kita datang. Hahaha. Kalau tak silap aku ada lebih 70 menu yang disediakan. Antaranya ialah kari kepala ikan, ayam masak ros, daging gulai kawah, nasi beriyani, pindang ikan dan banyak lagi. Kuih muih, bubur lambuk, juadah sampingan serta hidangan pencuci mulut pun ada. Paling penting ada KAMBING GOLEK wei!

lembut gila. makan la sampai muntah.

Layanan staf IRCC pun tip top. Kalau korang parking jauh jangan risau, akan ada buggy car yang akan ambil korang untuk ke dewan atau marquee tent. Kalau terkial-kial nak cari table boleh minta tolong dorang tunjukkan. Pendek kata semuanya sangat teratur.

sotong kangkung pun ada.

Paling aku suka, siap ada bacaan doa sampai la waktu berbuka. Takda la kau nak melanguk kosong je sambil tengok makanan. Kiranya terisi la masa kita dengan benda yang berfaedah :)

Kalau korang tak tahu nak berbuka kat mana untuk dua tiga hari ini, try la berbuka di Intekma Resort & Convention Centre. Meriah!

Untuk tempahan, boleh hubungi 03-5522 5000/5001/5009/5104/5106

Harga bufet Ramadhan 2017 :

Dewasa : RM55nett
Kanak-Kanak : RM27 nett (6-12 tahun)
Pakej Keluarga : RM149 nett (2 Dewasa + 2 kanak-kanak)
OKU & Warga Emas : RM49 nett

Instagram : @intekmaresort
Twitter : @intekmarcc

Ayam Goreng McD

Monday, April 24, 2017

Akhirnya terpengaruh juga makan ayam goreng McD. Ni semua salah iklan ayam goreng McD kat tv. Hari tu nak try makan kat McD Seksyen 7, tapi tak dapat sebab dah habis stok. Alhamdulillah rezeki aku dapat makan kat McD KL Sentral. Tu pun kena tunggu 10 minit sebab tengah masak. Ingatkan aku sorang je yang nak makan, rupanya yang tengah beratur majoriti order ayam goreng McD juga.


Bila nampak je staf McD tu hantar ayam goreng McD, aku rasa macam teruja gila. Perasaan yang sama macam aku nampak uncle jual aiskrim lalu depan rumah masa kecil dulu. Dah sampai, adalah dalam 5 minit aku tenung ayam goreng tu sebab nak makan tak boleh (panas wei--baru masak kan)

Aku try sentuh kot-kot dah sejuk sikit. Dah rasa agak-agak selamat, apa lagi terus NGAPP! Dari mulut turun ke hati naik balik ke otak singgah kat mata. Aku rasa kalau orang tenung mata aku boleh nampak cahaya kegembiraan tu terpancar. SEDAP GILA AYAM GORENG McD NI!!!!

Dia punya rangup--PEHHH! Kriuk kriuk kriuk dia sampai orang sebelah pun boleh dengar.
Pedas dia--PEHH! (aku order Ayam Goreng McD Spicy)
Rasa dia--PEHH! Memang terasa dia punya rempah. 

Memang patut la ayam goreng McD ni cepat habis stok. Makanan sedap memang cepat habis. Aku yang bukan peminat ayam goreng McD ni pun boleh kagum dengan kesedapannya. 

Yang tak pernah cuba dan yang belum cuba lagi. Pergilah cuba Ayam Goreng McD.
Memang berbaloi. Tak rugi pun. Memang bukan macam biasa. Baik pergi sekarang, kang habis padan muka.

Yang bestnya bermula 20 Mac 2017, McDonald's Malaysia menawarkan Share Box kepada semua peminat Ayam Goreng McD yang boleh didapati dalam kuantiti 5 atau 9 ketul.

Jangan ketinggalan juga untuk sertai cabaran #MostAweswomeBite mulai 20 Mac hingga 23 April ini. Korang hanya perlu tunjukkan nikmat ayam goreng McD menggunakan muka dan bahasa badan menerusi video berdurasi 60 saat.


10 video menarik yang terpilih akan mendapat baucar McDonald's bernilai RM500.00 setiap satu. Manakala 1000 video yang pertama akan mendapat 2 ketul ayam goreng McD setiap satu. Sila layari McDonald's Malaysia untuk maklumat lanjut.

Kredit : Tahniah kepada Marketing Team dan mereka yang terlibat secara langsung atau pun tidak dalam menghasilkan iklan yang sangat superb. Strategi dan idea anda telah berjaya menjadikan Ayam Goreng McD sebagai satu fenomena di Malaysia. Syabas!

#AyamGorengMcD #MostAwesomeBite #JomMakan

#NakTahuTak? : Create Whatsapp Link

Assalamualaikum w.b.t! Aku ada satu perangai paling malas nak wasap dengan orang yang aku tak save nombor telefon. Aku pula jenis yang aka...

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS