Pages

Ayam Goreng McD

Monday, April 24, 2017

Akhirnya terpengaruh juga makan ayam goreng McD. Ni semua salah iklan ayam goreng McD kat tv. Hari tu nak try makan kat McD Seksyen 7, tapi tak dapat sebab dah habis stok. Alhamdulillah rezeki aku dapat makan kat McD KL Sentral. Tu pun kena tunggu 10 minit sebab tengah masak. Ingatkan aku sorang je yang nak makan, rupanya yang tengah beratur majoriti order ayam goreng McD juga.


Bila nampak je staf McD tu hantar ayam goreng McD, aku rasa macam teruja gila. Perasaan yang sama macam aku nampak uncle jual aiskrim lalu depan rumah masa kecil dulu. Dah sampai, adalah dalam 5 minit aku tenung ayam goreng tu sebab nak makan tak boleh (panas wei--baru masak kan)

Aku try sentuh kot-kot dah sejuk sikit. Dah rasa agak-agak selamat, apa lagi terus NGAPP! Dari mulut turun ke hati naik balik ke otak singgah kat mata. Aku rasa kalau orang tenung mata aku boleh nampak cahaya kegembiraan tu terpancar. SEDAP GILA AYAM GORENG McD NI!!!!

Dia punya rangup--PEHHH! Kriuk kriuk kriuk dia sampai orang sebelah pun boleh dengar.
Pedas dia--PEHH! (aku order Ayam Goreng McD Spicy)
Rasa dia--PEHH! Memang terasa dia punya rempah. 

Memang patut la ayam goreng McD ni cepat habis stok. Makanan sedap memang cepat habis. Aku yang bukan peminat ayam goreng McD ni pun boleh kagum dengan kesedapannya. 

Yang tak pernah cuba dan yang belum cuba lagi. Pergilah cuba Ayam Goreng McD.
Memang berbaloi. Tak rugi pun. Memang bukan macam biasa. Baik pergi sekarang, kang habis padan muka.

Yang bestnya bermula 20 Mac 2017, McDonald's Malaysia menawarkan Share Box kepada semua peminat Ayam Goreng McD yang boleh didapati dalam kuantiti 5 atau 9 ketul.

Jangan ketinggalan juga untuk sertai cabaran #MostAweswomeBite mulai 20 Mac hingga 23 April ini. Korang hanya perlu tunjukkan nikmat ayam goreng McD menggunakan muka dan bahasa badan menerusi video berdurasi 60 saat.


10 video menarik yang terpilih akan mendapat baucar McDonald's bernilai RM500.00 setiap satu. Manakala 1000 video yang pertama akan mendapat 2 ketul ayam goreng McD setiap satu. Sila layari McDonald's Malaysia untuk maklumat lanjut.

Kredit : Tahniah kepada Marketing Team dan mereka yang terlibat secara langsung atau pun tidak dalam menghasilkan iklan yang sangat superb. Strategi dan idea anda telah berjaya menjadikan Ayam Goreng McD sebagai satu fenomena di Malaysia. Syabas!

#AyamGorengMcD #MostAwesomeBite #JomMakan

#NakTahuTak? : Create Whatsapp Link

Assalamualaikum w.b.t! Aku ada satu perangai paling malas nak wasap dengan orang yang aku tak save nombor telefon. Aku pula jenis yang aka...

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS